Sembelit penyebab gemuk dan perut menjadi buncit disebabkan oleh proses pembuangan najis tidak dibuang dengan bagus.
Biasanya kalau sehari tidak membuang , kita akan rasa lemau dan lesu jer badan.
Ramai juga diantara kalangan mereka yang berbadan besar disebabkan masalah sembelit. Mana tidaknya, sistem penghadaman kurang baik.
Sistem penghadaman yang baik adalah setiap hari sebaiknya kita membuang dua kali sehari.
Bahan kumuh dan toksin yang terkumpul dan tidak dikeluarkan dari usus besar menyebabkan peningkatan berat badan.
Bukan itu sahaja tau, bila sistem perkumuhan tidak berfungsi dengan baik ianya boleh menghampiri kepada masalah kanser usus atau kanser kolon.
Bayangkan jika seminggu tidak boleh membuang, segala toksin dan kotoran berkumpul dalam badan. Diibaratkan macam sampah dalam tong yang tidak dikutip lama kelamaan menjadi berulat dan bau busuk.
Ada beberapa sebab yang dikenalpasti punca sembelit
- Sembelit ini juga disebabkan oleh kekurangan air.
Untuk pengambilan air masak yang bagus adalah, sehari perlu minum mengikut berat badan.PERKIRAAN : 30ml x berat badan.
Contoh berat badan Jan 70KG, jadi 30ml x 70kg = 2100ml air diperlukan iaitu 2.1 liter setiap hari.
Cara ini adalah general untuk dijadikan sebagai benchmark. Sebab dikalangan kita ramai yang susah nak amalkan minum air masak secukupnya, betul tak?
- SELALU TAHAN BUANG AIR BESAR
Apa jadi apabila kita tahan sebuah kereta, sure kereta tu susah nak bergerak betul tak? Jadi sama jugak dengan proses pembuangan.Apabila selalu menahan bila saat terasa nak membuang, najis menjadi keras.
Bila najis menjadi keras kemungkinan proses periltalsis usus menjadi lebih sukar dan dikhuatiri ada luka pada usus semasa proses meneran.
Jadi, bila saat terasa nak membuang sebaiknya terus ke bilik air untuk menunaikan “hajat”
- Kurang makan makanan yang berfiber atau berserat.
Contoh pemakanan yang berfiber atau berserat adalah kebanyakkan datangnya dari sayuran serta juga buahan.Apa yang Jan syorkan adalah dalam hidangan makanan, sebaiknya ditambah hidangan buah dan sayur.
Jika anda ada masalah sembelit, Jan syorkan untuk anda bertindak dengan segera.
Jan ada seorang kawan, Jan jumpa dia kebetulan di hospital. Kata dia mak masuk wad sebab kanser usus.
Jan pun tanya lah ” Mak susah membuang ker?”
Dia kata ” Sejak dari muda lagi sembelit, sekarang mak dah umur 80 tahun”
Terkejut Jan dengar, Jan ada juga suggest untuk bagi minum air masak yang lebih.
Tapi kata dia ” Doktor sedang pantau sebab dah stage 4″
Tak lama selang 2 bulan, Jan dapat tahu mak kawan Jan nie meninggal dunia.
Mungkin ajalnya dah tiba, tapi apa yang Jan nak ingatkan BAHAYA BILA SEMBELIT BOLEH MENYEBABKAN KANSER.
At least, jika dapat ikhtiar dari awal dapat elakkan dari masalah menjadi makin teruk.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

[…] Detox ini adalah untuk bantu kita reset semula sel dan organ badan untuk membuang toksin yang berkumpul, lemak yang menimbun terutama dalam salur darah dan dinding salur darah serta juga lendir yang melekat pada usus yang menyebabkan seringkali sembelit. […]