Satu kepelikan bagi CJ apabila mengetahui satu produk kesihatan untuk cantik menggunakan jagung sebagai bahannya. Bila makan tablet tersebut tiada pun rasa seperti jagung rasa masam-masam seperti buah oren. Setahu CJ oren yang digunakan untuk hasilkan makanan tambahan Vitamin C.
Jagung sebenarnya merupakan salah satu tanaman yang baik yang tinggi serat bukan sahaja untuk pencernaan malahan juga untuk kecantikkan kulit. Kecantikkan kulit begitu sinonim dengan Vitamin C. Tapi, bagaimana jagung ini boleh membantu? Jagung mempunyai banyak zat penting yang tinggi dengan Vitamin A, Vitamin C, B12, B5, Karbohidrat, Kalsium, Serat dan paling penting ia mempunyai antioksidan yang tinggi.
Jadi, jangan cakap tak suka dengan jagung jika nak kulit cantik mulus gebu, jika korang rajin untuk buat masker lagi lah bertambah cantik kulit.
Bagaimanakah Jagung Mampu Mencantikkan Kulit?
Sinonimnya kecantikan kulit dengan Vitamin C tidak dapat dipertikaikan lagi. Seperti yang CJ ceritakan diatas tadi, jagung sangat tinggi dengan Vitamin C dan didalam badan kita mempunyai kolagen. Jadi, apa kaitan kolagen dengan Vitamin C? Kolagen semulajadi yang terdapat didalam tubuh tidak mampu untuk dihasilkan sendiri.
Kolagen ini memerlukan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Pengambilan Vitamin C daripada jagung yang bagus tanamannya diambil dan diproses bagi mendapatkan ekstraknya untuk menghasilkan produk kecantikkan.
Semua orang tahu Vitamin C untuk mencantikkan kulit. Apa kebaikkan jagung dalam merawat kulit?
Manfaat Jagung Untuk Kulit
1) Kandungannya yang tinggi antioksidan membantu mencegah dari radikel bebas yang boleh merosakkan kulit.
2) Sumber Beta Karoten yang membentuk Vitamin A sangat bagus untuk kesihatan mata serta juga kesihatan kulit. Ini kerana Vitamin A bagus untuk menjaga kekenyalan kulit.
3) Mengurangkan pigmen yang dapat daripada sinaran UV.
4) Boleh juga dijadikan masker. Caranya gunakan jagung yang muda, parut isi sahaja. Kisar isi jagung untuk menghancurkannya kemudian ratakan pada wajah. Selepas kering, bilas menggunakan air suam.
5) Mencerahkan dan mengurangkan masalah tompok hitam pada wajah.
6) Mampu menyerap lebihan minyak pada kulit tanpa mengeringkan kulit dan berseri. Patutlah semasa ada masalah kulit sebelum ini, CJ rasa kulit dah kurang berminyak sejak amalkan makan Vitamin C yang diambil dari ekstrak jagung.
7) Bertindak untuk merangsang epidermis sel yang baru.
Sesuai Ke Jagung Di pilih Untuk Menghasilkan Vitamin C
Jangan ingat jagung untuk masak pengat jagung je tau. Jagung ini sangat sesuai untuk menghasilkan Vitamin C seperti yang ada dipasaran. Ini kerana ia dihasilkan bagi kegunaan untuk semua golongan meskipun mempunyai masalah gastrik. Vitamin C ekstrak dari kanji jagung sumber semulajadi Vitamin C tidak memedihkan perut.
Ingat jagung, ingat pop corn, ingat juga Vitamin C 😀

Pertama kali baca pasal masker jagung, kalau dapat jagung mutiara rebus or bakar memang sedap tu.
Bolehlah layan jagung banyak2 lepas ni. Thanks CJ
Eizil recently posted…Nilai sebuah dakapan
sodapnyaa jagung mutiara.. trs mkn gitu pun best… jika nk lg best jagung bakar cheese.. hihi siapa mau komersial kan dulu?
cikjan recently posted…3 Cara Mudah Untuk Tampil Cantik Setiap Masa